Assalamualaikum. Memandangkan ambe
rasa google adalah satu keperluan sekarang ni. Masing-masing google untuk dapat
info apa-apa sahaja. Tapi deme janganlah caya belake hok orang tulis/share tu,
kene buat research jugok deh! Ambe cakak ganu lah sedap sikit. Pahang dop? Hahaha!
Deme=awak | Ambe=saya
.
So terdetiklah di hati mahu
berblog kembali dengan blog baru yang lebih matang! Ahaks. Mungkin ambe boleh
lah share ke deme sikit-sikit ilmu atau pengalaman ambe yang tak seberapa ni.
Kot-kot lah pengalaman ambe boleh bagi manfaat pada deme sekalian JJJ
Soooooo, entri kali ni nak share
satu tempat / resort yang best untuk stay kat Terengganu! Ambe ikhlas ni nak wi
review sebab pengalaman sendiri stay kat situ memang best!
MANOR BEACH RESORT di Bukit Keluang, Besut, Terengganu, Malaysia.
Time ambe g (around bulan 8) die tengah renovate
area belakang, ada tengah buat tempat makan/restoran baru yang nampak eksklusif
sangaaatttt. Kolam die time tu pun die tulis kolam sementara tapi oklah untuk
bermandi manda sekejap!(sebenarnya rendam2 kaki je.kah!) Lama2 segan lah
ambe. Hiks.
siap dah restoran ni?! wowwww *credit gambar dari FB Manor Beach Resort* |
Ehhh dah siap pun haa restoran tu sekarang! Lawa!
Ape yang best, view sekeliling
resort tu lawa, lawa yang amat. Ambe ni suka tempat yang natural, dedaun
kehijauan! Haaaa chalet die! Kat luar lawa, kat dalam superb! Wow wow! Toilet
die pun sangat laaaaaahhhhhh bersihhhh & lawa! (ada perkataan lagi over
dari lawa??) hahaha! Tapi memang first time pegi kat situ, terus jatuh cinta
macam tanak balik! Excuse the kolam dia sebab ambe dop pandai berenang. So stay
kat bilik and hirup udara kat luar tu dah rasa bahagiaaaaaaa! Wuuuu~
view dalam bilik yang ambe stay aritu *pic from FB Manor Beach Resort* |
bilik + toilet *pic from FB Manor Beach Resort* |
Duduk kat beranda kat luar chalet
sendiri sambil pekena kopi, pergh! Udara nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa.
Alahaiiii. Nikmat apa lagi yang kau nak? Bahahaha!
Kat Manor Beach Resort pun ada
gazebo yang memang lawaaaaaa dan cantikkkkkkkk dan memang taste akuuu! Kat
rumah ambe nanti nak buat gazebo macam tu lahhh!! Ok berangan. Haha!
Manor Beach Resort memang sesuai
untuk anda berehat, ambik angin, honeymoon, bawak mak ayah berehat dan
jalan-jalan. Dannnn dekat jugak dengan Pantai Bukit Keluang dan Bukit Keluang.
Kot-kot lah anda nak p mendaki Bukit Keluang yang tengah famous sekarang ni. So
boleh lah stay resort, and p panjat bukit pagi-pagi acah-acah nak tengok
matahari terbit. Lol.
Dah, malas nak bebel
panjang-panjang. Deme g lah try kalau rasa berkenan! Ambe pun nk g lagi kalau
ada orang ajak! Hahaha!
kerlassssss |
*few pictures captured by me & others from their FB Page
Tiada ulasan:
Catat Ulasan