Isnin, 18 Januari 2016

1.

Menulis cara aku meluahkan
Menulis adalah treasure
Jika ini terbaik
Why not aku cuba

Aku ada impian
Aku bina impian
Aku ada angan angan
Aku mencipta angan angan

Tapi siapa aku
Aku bukan sesiapa
Aku hanya aku
Yang masih mencari siapa aku

Aku cuba
Aku belajar
Aku memerhati                 
Aku merasa
Aku terasa
Aku tersentap

Kerna
Aku juga manusia biasa
Jangan bunuh impian aku
Aku mohon.


Ahad, 10 Januari 2016

AKU SEORANG “LONE RANGER”



Assalamualaikum pembuka bicaraJ. Harini Alhamdulillah semua hal-hal settle. Kalau bab urusan ke Bandar, ambe memang memilih hari sikit untuk elak jem! Tapi apakan daya, hal kene setel jugok arini iaitu ari Ahad iaitu hari memang ramai orang kat area Bandar. Maka ku redah jua. Demi sesuap nasik. Kihkih

Sementara tadi menunggu nak settle urusan, ambe pun singgah la makan dulu. Ambe ni lone ranger je ke sana ke sini. Almaklumlah semua kawan-kawan masing2 ada hal sendiri. Lone ranger la nak survive. Survive pung sekak-sekak nok je haaaaa.

Ambe biasa dh lone ranger ni. Hahaha. Sebab tu terdetik nak mencoret kenangan kat blog sendu ku ini. Hahaha! Ceritanya tadi, ambe makan la sorang-sorang. Mungkin kat Terengganu ni jarang jumpa anak dara makan sorang-sorang! Sebab orang tengok ambe semacam. Dah kenapa??! Hahaha. Ambe pun lepak kedai kat busteng (stesen bas) je. Kalau ko lepak sorang kat tempat2 mewah sikit macam secret recipe @ old town white coffee @ Gloria jeans tu normal lah kot. Weyhhh, starbuck takde kat ganu! Haha.

Ambe duduk la kat kedai yang biasa pergi dulu dengan kekakak zaman naek bas pegi Bandar. Hahaha. Kenangan wehhh! KEDAI MAKAN BAWAH BUSTENG GANU (MPKT) NO. 56 & 57. Menu terbaik dia adalah KUEY TEOW TOMYAM & NASI AYAM & NASI AYAM GORENG. Memang kalau mengidam kuey teow tomyam, memang pegi makan kat situ. Dulu-dulu la! Haha. Terbaik wa cakap sama lu.

Tadi ambe order nasi goreng ayam aje. Memikirkan kuey teow tomyam sedap jugok tapi macam tak best makan tomyam sorang-sorang. Haha sebab ambe nak cepat. Nak cepat blah dari situ sebab segan.lol. TERBAIK MASAKAN AKAK TU. Hehehe.

Time duduk tunggu order sampai tadi, ambe teringat pulak kenangan kat Shah Alam dulu, ambe selalu je jadi lone ranger. Suka sangat survive sorang-sorang je naek bas dari rumah sewa, jalan-jalan area Komples PKNS, beli apa yang patut, makan sorang-sorang. Then balik. Alahai, kalau nak paling best, naek KTM pegi KL Sentral. Jalan-jalan, makan sorang then balik rumah kakak. Hahaha.

Paling best kot time tu kalau nak hilang stress. Stress belajar asaimen stress kawan-kawan sekeliling. Mak aihhhh. Hahaha! Macam sesi luah perasaan la pulok :P

Tak salah kot jadi lone ranger ni. Ambe ni memang jenis suka bersendiri lagi-lagi kalau ada problem, memang lagi prefer jalan sorang-sorang tanpa orang dikenali. The best therapy for me!

Tapiii, kena lah hati hati. Kalau kat Bandar besar KL atau Shah Alam tu. Hati hati sebab ambe perempuan weh. Jenayah atau apa-apa la benda kita tak nak berlaku, mintak dijauhkan. Sebelum keluar p mana-mana, ambe selalu amal BACA AL-FATIHAH & AYAT KURSI. insyaAllah moga Allah lindung kita. Amin.

Selalu nya kat Shah Alam, kalau ada hal nak kene setel, hal bank ke apa, memang g sorang2. Then, kalau ambe teringinnnnnn sangatttttt nak beli buku baru, ambe pegi la MPH kat SACC Mall tu. Hahaha! Random sungguh! Tapi itu terapi kot. Hehehe. Kalau ajak ambe g shopping baju atau shopping buku, I could say nak g SHOPPING BUKU! HEAVEN NYAAAAAAAA.

Haaaaaa, paling teringat, kenangan jadi lone ranger, ambe jalan-jalan beli barang kat Kompleks PKNS, maka perut terasa lapor. Mau makan di mana? Sorang-sorang. Bajet sikit. Hmmm. Haha maka ambe pun nampak kedai makan kecik kat dalam tu, yang orang makan sekeliling kaunter dia je, menghadap ke dalam kedai . entah apa nama kedai. Then tempat tak banyak. Then duduk la tempat kosong ni. Ujung sekali dan sebelahnya ada sorang pakcik. Then ambe makan la slow-slow. Haha. Tapi macam segan time tu sebab macam sorang. Haha. So untuk kurangkan segan tu, ambe mesej2 la dengan kakak ambe. Hahaha. Pakcik sebelah tengok je. Kesian agaknya tengok aku sorang takde teman. Hahahaha!

Then, siap makan. Ambe nak bayar. Pakcik tu pun nak bayar. Then dia cakap kat cashier “ Takpe, kira yang dia sekali” Merujuk kat aku. Maka aku terkesima. (macam ayat novel :P) aku cakap takpe pakcik. Dia cakap “takpe-takpe, pakcik belanja”. Aduyaaaai. Terkelu ambe. Tak ingat makan apa time tu tapi tak sampai RM10 pun. ALLAHU. Tak tau la kenapa pakcik tu nak belanja, mungkin dia kesian tengok aku sorang2 terkelip2. Hahaha. Ke dia ingat aku budak sekolah? Lalalaala
Pakcik tu pakai baju ada lambing PKNS kalau tak silap. Maybe die keje kat ofis atas tu. Umur 50-an kot. Mungkin dia kesian ke? Haha. Yela, kot naluri seorang ayah kan? Huhuhu. Alhamdulillah. Moga murah rezeki pakcik tuuu. Stranger kot. Belanja makan pulak tu. Tiba tiba pulak tu. Tak pernah lagi aku cite pasal ni kat orang laen rasenya! Hahaha


Itulah kenangan jadi lone ranger paling tak leh lupa! SEMOGA ALLAH BERKATI HIDUP PAKCIK TU DUNIA & AKHIRAT. AMIN.


Tiba-tiba rindu nak ber”lone ranger” kat Shah Alam dan KL. HAHAHA. EH, lone ranger dalam semua karangan berjela di atas ambe merujuk kepada., “ survive sorang-sorang tanpa menyusahkan orang lain”. Normal orang gelar lone ranger lah kan? Eh. Haaa faham-faham je la :P

Haaaa ambe google la definition lone ranger:
“One who acts alone and without consultation or the approval of others; broadly:  loner” (merriam-webster.com, 2015)


p/s: Apa-apa je maksud dia, yang penting mu faham! Haha.panjang sungguh karangan harini. maaf. hahaha



Sabtu, 2 Januari 2016

Tahun Baru, AZAM Baru?

.
Assalamualaikum. Tahun 2016 dah weyhhh! Ambe baru nk tulis entri ketiga. Kah! Tidak mengapa, kapteng tulis pun takde orang bace (adakah syok sendiri?lol). dah hobi ambe, nak buat lagu mane. Hehe.

Selamat Tahun Baru 2016.




Biasa kalau tahun baru, orang tanya azam baru, up status azam baru, sampai azam pun tersedak kat rumah dia! Ahahaa. Kau dah kenapa setiap kali tahun baru je nak sebut nama AZAM?? Kesian AZAM! :p

Maka, puan-puan adik-adik, azam tak semestinya tahun baru je. Setiap hari kene berazam. SETIAP HARI!!!!!! SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM. SEMOGA ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. HAAAA! Gituuuu~ J


Setiap hari kita nak yang terbaik kan? Kau tak usaha, kau tak dapat. Senang je konsepnya. Huhuhu!
.
.

Alhamdulillah dapat juga kita merasa udara tahun 2016 ni, takde beza pun, tapi maksud ambe, syukur Allah masih panjangkan usia kita. Semoga Allah panjangkan usia untuk kita terus beribadat & tingkat amal soleh ya! InsyaALLAH. Takpe, slow-slow takpe. Asalkan kita usaha. Chaiyok!
 .
.
.

Wrap 2015, dengan penuh suka dan duka. Macam-macam jadi. Macam-macam dapat pengalaman. Macam-macam dapat pengajaran. Terima kasih Allah, terima kasih setiap orang. Everyday we are learning! Moga kita makin matang ye ;)

Tahun 2015, ambe rasa sangat istimewa sebab dapat peluang jadi TETAMU ALLAH. Alhamdulillah. Banyak pengalaman pengajaran kat sana. Kerinduan tu tak terungkap! Doakan ambe dapat ke sana lagi. Semoga sanak saudara, sahabat handai dan semua umat islam berpeluang jejak kaki ke tanah suci MEKAH & MADINAH.


 
Baitullah (rumah Allah)

lengkungan bentuk C itu adalah Hijr Ismail


Masjid Nabawi





*Jikalau ada masa sesuai dan terbaik, ambe teringin nak share cite pengalaman ambe g umrah tu kat sini. Moga ALLAH izin. Wallahualam.