Selasa, 25 Oktober 2016
semua orang buat silap
semua orang ada masalah masing masing
setiap orang masalah berlainan
diri dia, diri dia
masalah dia, hanya dia faham
diri kita, diri kita
masalah kita, hanya kita faham
semua orang ada "complexity" masing masing
kadang kadang kita pun tak faham diri kita
kadang kadang kita pun tak mampu nak kawal diri kita
so adakah kita layak nak judge orang???
setiap orang buat silap
setiap orang pernah tersilap langkah
SETIAP ORANG ADALAH MANUSIA BIASA
maka, tak lari dari masalah
Allah nak uji kita
Allah nak tengok kesabaran kita
Allah sayang kita
semoga Dia redhai perjalanan kita :)
semua orang buat silap
semua orang ada masalah masing masing
setiap orang masalah berlainan
diri dia, diri dia
masalah dia, hanya dia faham
diri kita, diri kita
masalah kita, hanya kita faham
semua orang ada "complexity" masing masing
kadang kadang kita pun tak faham diri kita
kadang kadang kita pun tak mampu nak kawal diri kita
so adakah kita layak nak judge orang???
setiap orang buat silap
setiap orang pernah tersilap langkah
SETIAP ORANG ADALAH MANUSIA BIASA
maka, tak lari dari masalah
Allah nak uji kita
Allah nak tengok kesabaran kita
Allah sayang kita
semoga Dia redhai perjalanan kita :)
Rabu, 11 Mei 2016
Zaman dah Berubah
setiap hari aku berfikir.
manusia makin ghairah
masing masing nak kejar glamour
aaahh mungkin ini naluri normal manusia
nak PERHATIAN
kadang kadang aku pun nak cuba
tapi aku terfikir
untuk apa semua tu
kalau tak bawa manfaat pada orang lain
apatah lagi kalau ianya bawa lagi banyak keburukan?
setiap hari aku berfikir
zaman aku kecik dulu
zaman internet tak semua orang ada
zaman orang yang ada internet dianggap kaya
zaman orang yang ada handphone dianggap kaya
zaman orang guna PC besar gedabak
zaman budak budak berebut nak main Paint
ahhh banyak sangat kalau nak list
aku syukur aku rasa semua tu
KESUSAHAN
zaman sekarang
semua perlu internet
ni nak post kat blog pun kene ada internet
zaman sekarang
siapa takde internet dianggap ketinggalan,
lol
zaman sekarang
siapa takde handphone canggih aka smartphone
dianggap ketinggalan,
hashtag do i care? lol
tak masuk lagi bab viral
nak femes
retis
bikin lah viral
maka orang kenal
then
kau dapat lah perhatian tu
nak PERHATIAN kan?
ambik lah.
hm entri KP kali ni macam kasor je kang? entah laaah, KP rasa dunia makin nazak. nauzubillahiminzalik~
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DILINDUNGI NYA :)
Amin
Sabtu, 2 April 2016
Rezeki Tanpa Disangka
ALHAMDULILLAH.
31 MAC 2016. Dapat mesej dari 15888 untuk panggilan temuduga. Tak Sangka. Betul2 tak sangka walaupun setiap hari berharap. Syukur pada Mu.
so, pengajaran. Dia Maha Mendengar Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik & masa yang terbaik. Kita berdoa, berharap, tawakkal. insyaALLAH. Rezeki itu ada.
moga Allah permudahkan perjalanan kami & langkah seterusnya.
THIS IS MY DREAM.
I WALK TOWARDS MY DREAM.
PROMISE TO MYSELF.
I WILL TRY HARD
FOR MY DREAM.
Rabu, 24 Februari 2016
CARA MUDAH SAVE GAMBAR DALAM INSTAGRAM (melalui instagram web)
Assalamualaikum untuk sesiapa yang
sudi membaca. Haaaaa KP (kaptengpuang) (kemain singkatan! ) Lalalala~ Haaaa KP
sebenarnya baru jumpa 1 penemuan berguna. Haha. Entah2 diri ambe lambat
tahuuuuu.lol. tapi saja lah share sini untuk rujukan di masa hadapan.
Anda nak tau cara nak save gambar dalam instagram?
Nak tahu cara save gambar instagram tanpa screenshot?
Haaaaa uols, senang sangat tau!
Langkah 2: CARI gambar yang anda
nak save(simpan)
[kalau nak save gambar sendiri,
tekan lah profile anda sendiri ye ]
.
.
.
Contoh: search instagram JACKSON
(pilih acc mana anda nak bukak)
jackson punya account (time entri dibuat) |
Langkah 3: PILIH GAMBAR, DAN “RIGHT CLICK” pada gambar
&
tekan “view page source”
contoh gambar dipilih |
{nanti jangan terkejut dengan benda alah
huruf banyak2 tu}
.
.
Langkah 4: CARI LINK yang ada
bermula dengan “https://………
dan berakhir dengan …..jpg”
(biasanya di line 100++)
(dekat dengan caption gambar)
selamat mencari !! haha *tips: caption gambar ni "see you soon! japan tour 2016" link atas caption tu haaa |
Langkah 5: HIGHLIGHT the link,
dan tekan
“go to …” atau copy&paste link ke new tab
Yeahhh. you can do it! |
Haaaa, terpampang gambar Jackson! Lol.
Hahaha. Senang sangat weyhhh!
.
.
Langkah 6: SAVE IMAGE macam biasa
lahhh
HI JACKSON! |
SELAMAT MENCUBA UOLS!
Ofkos kualiti gambar better dari
screenshot. Wiwiwiwi~
Terus dapat save gambar favourite
korang! Gunakan untuk kebaikan ye. Ambik gambar tu kredit la tuan gambar.
**Nah, KP nak kredit gambar &
IG ACC tu JACKSON punya tau! The only one JACKSON WANG (GOT7). Ok korang tak
kenal sudah! Hahaha.
p/s: info credit to THIS.
Isnin, 18 Januari 2016
1.
Menulis cara aku meluahkan
Menulis adalah treasure
Jika ini terbaik
Why not aku cuba
Aku ada impian
Aku bina impian
Aku ada angan angan
Aku mencipta angan angan
Tapi siapa aku
Aku bukan sesiapa
Aku hanya aku
Yang masih mencari siapa aku
Aku cuba
Aku belajar
Aku memerhati
Aku merasa
Aku terasa
Aku tersentap
Kerna
Aku juga manusia biasa
Jangan bunuh impian aku
Aku mohon.
Ahad, 10 Januari 2016
AKU SEORANG “LONE RANGER”
Assalamualaikum pembuka bicaraJ. Harini Alhamdulillah semua
hal-hal settle. Kalau bab urusan ke Bandar, ambe memang memilih hari sikit
untuk elak jem! Tapi apakan daya, hal kene setel jugok arini iaitu ari Ahad
iaitu hari memang ramai orang kat area Bandar. Maka ku redah jua. Demi sesuap
nasik. Kihkih
Sementara tadi menunggu nak settle
urusan, ambe pun singgah la makan dulu. Ambe ni lone ranger je ke sana ke sini.
Almaklumlah semua kawan-kawan masing2 ada hal sendiri. Lone ranger la nak
survive. Survive pung sekak-sekak nok je haaaaa.
Ambe biasa dh lone ranger ni. Hahaha.
Sebab tu terdetik nak mencoret kenangan kat blog sendu ku ini. Hahaha! Ceritanya
tadi, ambe makan la sorang-sorang. Mungkin kat Terengganu ni jarang jumpa anak
dara makan sorang-sorang! Sebab orang tengok ambe semacam. Dah kenapa??! Hahaha.
Ambe pun lepak kedai kat busteng (stesen bas) je. Kalau ko lepak sorang kat
tempat2 mewah sikit macam secret recipe @ old town white coffee @ Gloria jeans tu
normal lah kot. Weyhhh, starbuck takde kat ganu! Haha.
Ambe duduk la kat kedai yang biasa
pergi dulu dengan kekakak zaman naek bas pegi Bandar. Hahaha. Kenangan wehhh!
KEDAI MAKAN BAWAH BUSTENG GANU (MPKT) NO. 56 & 57. Menu terbaik dia adalah
KUEY TEOW TOMYAM & NASI AYAM & NASI AYAM GORENG. Memang kalau mengidam
kuey teow tomyam, memang pegi makan kat situ. Dulu-dulu la! Haha. Terbaik wa
cakap sama lu.
Tadi ambe order nasi goreng ayam
aje. Memikirkan kuey teow tomyam sedap jugok tapi macam tak best makan tomyam
sorang-sorang. Haha sebab ambe nak cepat. Nak cepat blah dari situ sebab
segan.lol. TERBAIK MASAKAN AKAK TU. Hehehe.
Time duduk tunggu order sampai
tadi, ambe teringat pulak kenangan kat Shah Alam dulu, ambe selalu je jadi lone
ranger. Suka sangat survive sorang-sorang je naek bas dari rumah sewa,
jalan-jalan area Komples PKNS, beli apa yang patut, makan sorang-sorang. Then balik.
Alahai, kalau nak paling best, naek KTM pegi KL Sentral. Jalan-jalan, makan
sorang then balik rumah kakak. Hahaha.
Paling best kot time tu kalau nak
hilang stress. Stress belajar asaimen stress kawan-kawan sekeliling. Mak aihhhh.
Hahaha! Macam sesi luah perasaan la pulok :P
Tak salah kot jadi lone ranger ni. Ambe
ni memang jenis suka bersendiri lagi-lagi kalau ada problem, memang lagi prefer
jalan sorang-sorang tanpa orang dikenali. The best therapy for me!
Tapiii, kena lah hati hati. Kalau kat
Bandar besar KL atau Shah Alam tu. Hati hati sebab ambe perempuan weh. Jenayah atau
apa-apa la benda kita tak nak berlaku, mintak dijauhkan. Sebelum keluar p
mana-mana, ambe selalu amal BACA AL-FATIHAH & AYAT KURSI. insyaAllah moga
Allah lindung kita. Amin.
Selalu nya kat Shah Alam, kalau ada
hal nak kene setel, hal bank ke apa, memang g sorang2. Then, kalau ambe teringinnnnnn
sangatttttt nak beli buku baru, ambe pegi la MPH kat SACC Mall tu. Hahaha! Random
sungguh! Tapi itu terapi kot. Hehehe. Kalau ajak ambe g shopping baju atau
shopping buku, I could say nak g SHOPPING BUKU! HEAVEN NYAAAAAAAA.
Haaaaaa, paling teringat, kenangan
jadi lone ranger, ambe jalan-jalan beli barang kat Kompleks PKNS, maka perut
terasa lapor. Mau makan di mana? Sorang-sorang. Bajet sikit. Hmmm. Haha maka
ambe pun nampak kedai makan kecik kat dalam tu, yang orang makan sekeliling
kaunter dia je, menghadap ke dalam kedai . entah apa nama kedai. Then tempat
tak banyak. Then duduk la tempat kosong ni. Ujung sekali dan sebelahnya ada
sorang pakcik. Then ambe makan la slow-slow. Haha. Tapi macam segan time tu
sebab macam sorang. Haha. So untuk kurangkan segan tu, ambe mesej2 la dengan
kakak ambe. Hahaha. Pakcik sebelah tengok je. Kesian agaknya tengok aku sorang
takde teman. Hahahaha!
Then, siap makan. Ambe nak bayar. Pakcik
tu pun nak bayar. Then dia cakap kat cashier “ Takpe, kira yang dia sekali”
Merujuk kat aku. Maka aku terkesima. (macam ayat novel :P) aku cakap takpe
pakcik. Dia cakap “takpe-takpe, pakcik belanja”. Aduyaaaai. Terkelu ambe. Tak ingat
makan apa time tu tapi tak sampai RM10 pun. ALLAHU. Tak tau la kenapa pakcik tu
nak belanja, mungkin dia kesian tengok aku sorang2 terkelip2. Hahaha. Ke dia
ingat aku budak sekolah? Lalalaala
Pakcik tu pakai baju ada lambing PKNS
kalau tak silap. Maybe die keje kat ofis atas tu. Umur 50-an kot. Mungkin dia
kesian ke? Haha. Yela, kot naluri seorang ayah kan? Huhuhu. Alhamdulillah. Moga
murah rezeki pakcik tuuu. Stranger kot. Belanja makan pulak tu. Tiba tiba pulak
tu. Tak pernah lagi aku cite pasal ni kat orang laen rasenya! Hahaha
Itulah kenangan jadi lone ranger
paling tak leh lupa! SEMOGA ALLAH BERKATI HIDUP PAKCIK TU DUNIA & AKHIRAT.
AMIN.
Tiba-tiba rindu nak ber”lone ranger”
kat Shah Alam dan KL. HAHAHA. EH, lone ranger dalam semua karangan berjela di
atas ambe merujuk kepada., “ survive sorang-sorang tanpa menyusahkan orang lain”.
Normal orang gelar lone ranger lah kan? Eh. Haaa faham-faham je la :P
Haaaa ambe google la definition
lone ranger:
“One who acts alone and without
consultation or the approval of others; broadly: loner”
(merriam-webster.com, 2015)
p/s: Apa-apa je maksud dia, yang penting
mu faham! Haha.panjang sungguh karangan harini. maaf. hahaha
Sabtu, 2 Januari 2016
Tahun Baru, AZAM Baru?
.
Assalamualaikum. Tahun 2016 dah
weyhhh! Ambe baru nk tulis entri ketiga. Kah! Tidak mengapa, kapteng tulis pun
takde orang bace (adakah syok sendiri?lol). dah hobi ambe, nak buat lagu mane. Hehe.
Selamat Tahun Baru 2016.
Biasa kalau tahun baru, orang tanya
azam baru, up status azam baru, sampai azam pun tersedak kat rumah dia! Ahahaa.
Kau dah kenapa setiap kali tahun baru je nak sebut nama AZAM?? Kesian AZAM! :p
Maka, puan-puan adik-adik, azam tak
semestinya tahun baru je. Setiap hari kene berazam. SETIAP HARI!!!!!! SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.
SEMOGA ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. HAAAA! Gituuuu~ J
Setiap hari kita nak yang terbaik
kan? Kau tak usaha, kau tak dapat. Senang je konsepnya. Huhuhu!
.
.
Alhamdulillah dapat juga kita
merasa udara tahun 2016 ni, takde beza pun, tapi maksud ambe, syukur Allah
masih panjangkan usia kita. Semoga Allah panjangkan usia untuk kita terus
beribadat & tingkat amal soleh ya! InsyaALLAH. Takpe, slow-slow takpe. Asalkan
kita usaha. Chaiyok!
.
.
.
Wrap 2015, dengan penuh suka dan
duka. Macam-macam jadi. Macam-macam dapat pengalaman. Macam-macam dapat
pengajaran. Terima kasih Allah, terima kasih setiap orang. Everyday we are
learning! Moga kita makin matang ye ;)
Tahun 2015, ambe rasa sangat
istimewa sebab dapat peluang jadi TETAMU ALLAH. Alhamdulillah. Banyak pengalaman
pengajaran kat sana. Kerinduan tu tak terungkap! Doakan ambe dapat ke sana
lagi. Semoga sanak saudara, sahabat handai dan semua umat islam berpeluang
jejak kaki ke tanah suci MEKAH & MADINAH.
lengkungan bentuk C itu adalah Hijr Ismail |
Masjid Nabawi |
*Jikalau ada masa sesuai dan
terbaik, ambe teringin nak share cite pengalaman ambe g umrah tu kat sini. Moga
ALLAH izin. Wallahualam.
Langgan:
Catatan (Atom)