Selasa, 25 Oktober 2016

semua orang buat silap



semua orang ada masalah masing masing
setiap orang masalah berlainan
diri dia, diri dia
masalah dia, hanya dia faham

diri kita, diri kita
masalah kita, hanya kita faham

semua orang ada "complexity" masing masing
kadang kadang kita pun tak faham diri kita
kadang kadang kita pun tak mampu nak kawal diri kita

so adakah kita layak nak judge orang???

setiap orang buat silap
setiap orang pernah tersilap langkah
SETIAP ORANG ADALAH MANUSIA BIASA
maka, tak lari dari masalah
Allah nak uji kita
Allah nak tengok kesabaran kita
Allah sayang kita


semoga Dia redhai perjalanan kita :)

semua orang buat silap



semua orang ada masalah masing masing
setiap orang masalah berlainan
diri dia, diri dia
masalah dia, hanya dia faham

diri kita, diri kita
masalah kita, hanya kita faham

semua orang ada "complexity" masing masing
kadang kadang kita pun tak faham diri kita
kadang kadang kita pun tak mampu nak kawal diri kita

so adakah kita layak nak judge orang???

setiap orang buat silap
setiap orang pernah tersilap langkah
SETIAP ORANG ADALAH MANUSIA BIASA
maka, tak lari dari masalah
Allah nak uji kita
Allah nak tengok kesabaran kita
Allah sayang kita


semoga Dia redhai perjalanan kita :)

Rabu, 11 Mei 2016

Zaman dah Berubah


setiap hari aku berfikir.
manusia makin ghairah
masing masing nak kejar glamour
aaahh mungkin ini naluri normal manusia
nak PERHATIAN


kadang kadang aku pun nak cuba
tapi aku terfikir
untuk apa semua tu
kalau tak bawa manfaat pada orang lain
apatah lagi kalau ianya bawa lagi banyak keburukan?



setiap hari aku berfikir
zaman aku kecik dulu
zaman internet tak semua orang ada
zaman orang yang ada internet dianggap kaya
zaman orang yang ada handphone dianggap kaya
zaman orang guna PC besar gedabak
zaman budak budak berebut nak main Paint
ahhh banyak sangat kalau nak list
aku syukur aku rasa semua tu
KESUSAHAN


zaman sekarang
semua perlu internet
ni nak post kat blog pun kene ada internet

zaman sekarang
siapa takde internet dianggap ketinggalan,
MISKIN
lol


zaman sekarang
siapa takde handphone canggih aka smartphone
dianggap ketinggalan,
LOSER.
hashtag do i care? lol


tak masuk lagi bab viral
nak femes
retis
bikin lah viral
maka orang kenal
then
kau dapat lah perhatian tu
nak PERHATIAN kan?
ambik lah.




hm entri KP kali ni macam kasor je kang? entah laaah, KP rasa dunia makin nazak. nauzubillahiminzalik~


SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DILINDUNGI NYA :)

Amin

Sabtu, 2 April 2016

Rezeki Tanpa Disangka


ALHAMDULILLAH.

31 MAC 2016. Dapat mesej dari 15888 untuk panggilan temuduga. Tak Sangka. Betul2 tak sangka walaupun setiap hari berharap. Syukur pada Mu.


so, pengajaran. Dia Maha Mendengar Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik & masa yang terbaik. Kita berdoa, berharap, tawakkal. insyaALLAH. Rezeki itu ada.



moga Allah permudahkan perjalanan kami & langkah seterusnya.


THIS IS MY DREAM.
I WALK TOWARDS MY DREAM.
PROMISE TO MYSELF.
I WILL TRY HARD
FOR MY DREAM.

Rabu, 24 Februari 2016

CARA MUDAH SAVE GAMBAR DALAM INSTAGRAM (melalui instagram web)



Assalamualaikum untuk sesiapa yang sudi membaca. Haaaaa KP (kaptengpuang) (kemain singkatan! ) Lalalala~ Haaaa KP sebenarnya baru jumpa 1 penemuan berguna. Haha. Entah2 diri ambe lambat tahuuuuu.lol. tapi saja lah share sini untuk rujukan di masa hadapan.



Anda nak tau cara nak save gambar dalam instagram?

Nak tahu cara save gambar instagram tanpa screenshot?



Haaaaa uols, senang sangat tau!



Langkah 1: LOG IN account instagram anda di instagram web (www.instagram.com)

 
Maka keluar cenggini



Langkah 2: CARI gambar yang anda nak save(simpan)
 [kalau nak save gambar sendiri, tekan lah profile anda sendiri ye ]
.
.
.

Contoh: search instagram JACKSON (pilih acc mana anda nak bukak)





jackson punya account (time entri dibuat)





Langkah 3: PILIH GAMBAR, DAN “RIGHT CLICK” pada gambar
tekan “view page source”


contoh gambar dipilih



{nanti jangan terkejut dengan benda alah huruf banyak2 tu}


.
.

Langkah 4: CARI LINK yang ada 
bermula dengan “https://……… 
dan berakhir dengan …..jpg”
(biasanya di line 100++)
(dekat dengan caption gambar)


selamat mencari !! haha
*tips: caption gambar ni "see you soon! japan tour 2016" link atas caption tu haaa





Langkah 5: HIGHLIGHT the link,
 dan tekan “go to …” atau copy&paste link ke new tab

Yeahhh. you can do it!







Haaaa, terpampang gambar Jackson! Lol. Hahaha. Senang sangat weyhhh!

.
.


Langkah 6: SAVE IMAGE macam biasa lahhh

HI JACKSON!




SELAMAT MENCUBA UOLS!
Ofkos kualiti gambar better dari screenshot. Wiwiwiwi~


Terus dapat save gambar favourite korang! Gunakan untuk kebaikan ye. Ambik gambar tu kredit la tuan gambar.





**Nah, KP nak kredit gambar & IG ACC tu JACKSON punya tau! The only one JACKSON WANG (GOT7). Ok korang tak kenal sudah! Hahaha.


p/s: info credit to THIS.




Isnin, 18 Januari 2016

1.

Menulis cara aku meluahkan
Menulis adalah treasure
Jika ini terbaik
Why not aku cuba

Aku ada impian
Aku bina impian
Aku ada angan angan
Aku mencipta angan angan

Tapi siapa aku
Aku bukan sesiapa
Aku hanya aku
Yang masih mencari siapa aku

Aku cuba
Aku belajar
Aku memerhati                 
Aku merasa
Aku terasa
Aku tersentap

Kerna
Aku juga manusia biasa
Jangan bunuh impian aku
Aku mohon.


Ahad, 10 Januari 2016

AKU SEORANG “LONE RANGER”



Assalamualaikum pembuka bicaraJ. Harini Alhamdulillah semua hal-hal settle. Kalau bab urusan ke Bandar, ambe memang memilih hari sikit untuk elak jem! Tapi apakan daya, hal kene setel jugok arini iaitu ari Ahad iaitu hari memang ramai orang kat area Bandar. Maka ku redah jua. Demi sesuap nasik. Kihkih

Sementara tadi menunggu nak settle urusan, ambe pun singgah la makan dulu. Ambe ni lone ranger je ke sana ke sini. Almaklumlah semua kawan-kawan masing2 ada hal sendiri. Lone ranger la nak survive. Survive pung sekak-sekak nok je haaaaa.

Ambe biasa dh lone ranger ni. Hahaha. Sebab tu terdetik nak mencoret kenangan kat blog sendu ku ini. Hahaha! Ceritanya tadi, ambe makan la sorang-sorang. Mungkin kat Terengganu ni jarang jumpa anak dara makan sorang-sorang! Sebab orang tengok ambe semacam. Dah kenapa??! Hahaha. Ambe pun lepak kedai kat busteng (stesen bas) je. Kalau ko lepak sorang kat tempat2 mewah sikit macam secret recipe @ old town white coffee @ Gloria jeans tu normal lah kot. Weyhhh, starbuck takde kat ganu! Haha.

Ambe duduk la kat kedai yang biasa pergi dulu dengan kekakak zaman naek bas pegi Bandar. Hahaha. Kenangan wehhh! KEDAI MAKAN BAWAH BUSTENG GANU (MPKT) NO. 56 & 57. Menu terbaik dia adalah KUEY TEOW TOMYAM & NASI AYAM & NASI AYAM GORENG. Memang kalau mengidam kuey teow tomyam, memang pegi makan kat situ. Dulu-dulu la! Haha. Terbaik wa cakap sama lu.

Tadi ambe order nasi goreng ayam aje. Memikirkan kuey teow tomyam sedap jugok tapi macam tak best makan tomyam sorang-sorang. Haha sebab ambe nak cepat. Nak cepat blah dari situ sebab segan.lol. TERBAIK MASAKAN AKAK TU. Hehehe.

Time duduk tunggu order sampai tadi, ambe teringat pulak kenangan kat Shah Alam dulu, ambe selalu je jadi lone ranger. Suka sangat survive sorang-sorang je naek bas dari rumah sewa, jalan-jalan area Komples PKNS, beli apa yang patut, makan sorang-sorang. Then balik. Alahai, kalau nak paling best, naek KTM pegi KL Sentral. Jalan-jalan, makan sorang then balik rumah kakak. Hahaha.

Paling best kot time tu kalau nak hilang stress. Stress belajar asaimen stress kawan-kawan sekeliling. Mak aihhhh. Hahaha! Macam sesi luah perasaan la pulok :P

Tak salah kot jadi lone ranger ni. Ambe ni memang jenis suka bersendiri lagi-lagi kalau ada problem, memang lagi prefer jalan sorang-sorang tanpa orang dikenali. The best therapy for me!

Tapiii, kena lah hati hati. Kalau kat Bandar besar KL atau Shah Alam tu. Hati hati sebab ambe perempuan weh. Jenayah atau apa-apa la benda kita tak nak berlaku, mintak dijauhkan. Sebelum keluar p mana-mana, ambe selalu amal BACA AL-FATIHAH & AYAT KURSI. insyaAllah moga Allah lindung kita. Amin.

Selalu nya kat Shah Alam, kalau ada hal nak kene setel, hal bank ke apa, memang g sorang2. Then, kalau ambe teringinnnnnn sangatttttt nak beli buku baru, ambe pegi la MPH kat SACC Mall tu. Hahaha! Random sungguh! Tapi itu terapi kot. Hehehe. Kalau ajak ambe g shopping baju atau shopping buku, I could say nak g SHOPPING BUKU! HEAVEN NYAAAAAAAA.

Haaaaaa, paling teringat, kenangan jadi lone ranger, ambe jalan-jalan beli barang kat Kompleks PKNS, maka perut terasa lapor. Mau makan di mana? Sorang-sorang. Bajet sikit. Hmmm. Haha maka ambe pun nampak kedai makan kecik kat dalam tu, yang orang makan sekeliling kaunter dia je, menghadap ke dalam kedai . entah apa nama kedai. Then tempat tak banyak. Then duduk la tempat kosong ni. Ujung sekali dan sebelahnya ada sorang pakcik. Then ambe makan la slow-slow. Haha. Tapi macam segan time tu sebab macam sorang. Haha. So untuk kurangkan segan tu, ambe mesej2 la dengan kakak ambe. Hahaha. Pakcik sebelah tengok je. Kesian agaknya tengok aku sorang takde teman. Hahahaha!

Then, siap makan. Ambe nak bayar. Pakcik tu pun nak bayar. Then dia cakap kat cashier “ Takpe, kira yang dia sekali” Merujuk kat aku. Maka aku terkesima. (macam ayat novel :P) aku cakap takpe pakcik. Dia cakap “takpe-takpe, pakcik belanja”. Aduyaaaai. Terkelu ambe. Tak ingat makan apa time tu tapi tak sampai RM10 pun. ALLAHU. Tak tau la kenapa pakcik tu nak belanja, mungkin dia kesian tengok aku sorang2 terkelip2. Hahaha. Ke dia ingat aku budak sekolah? Lalalaala
Pakcik tu pakai baju ada lambing PKNS kalau tak silap. Maybe die keje kat ofis atas tu. Umur 50-an kot. Mungkin dia kesian ke? Haha. Yela, kot naluri seorang ayah kan? Huhuhu. Alhamdulillah. Moga murah rezeki pakcik tuuu. Stranger kot. Belanja makan pulak tu. Tiba tiba pulak tu. Tak pernah lagi aku cite pasal ni kat orang laen rasenya! Hahaha


Itulah kenangan jadi lone ranger paling tak leh lupa! SEMOGA ALLAH BERKATI HIDUP PAKCIK TU DUNIA & AKHIRAT. AMIN.


Tiba-tiba rindu nak ber”lone ranger” kat Shah Alam dan KL. HAHAHA. EH, lone ranger dalam semua karangan berjela di atas ambe merujuk kepada., “ survive sorang-sorang tanpa menyusahkan orang lain”. Normal orang gelar lone ranger lah kan? Eh. Haaa faham-faham je la :P

Haaaa ambe google la definition lone ranger:
“One who acts alone and without consultation or the approval of others; broadly:  loner” (merriam-webster.com, 2015)


p/s: Apa-apa je maksud dia, yang penting mu faham! Haha.panjang sungguh karangan harini. maaf. hahaha